Nama Tempatan: | Buah susu/Avocado |
Nama Saintifik: | Persea Americana |
Nama Lain: | Alpulkat, palta, aguacate(spanish), butter pear, alligator pear |
Famili: | Lauraceae |
Lokasi dijumpai: | |
Asal: | Mexico |
keterangan: | |
Merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada Mexico. Ia merupakan sejenis pokok yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter jika tumbuh dalam keadaan yang optimum.Daunnya tersusun dalam bentuk selang seli dan panjang daunnya ialah antara 12 hingga 20 cm. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan. Buah avocado berbentuk seperti buah pir dah lazimnya panjang buahnya antara 7 hingga 12 cm.Tumbuhan ini boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang serta kaedah lain sperti tut dan grafting | |
kegunaan: | |
Buah avocado merupakan buah yang boleh digunakan untuk pelbagai resepi masakan. Ia boleh dijadikan puding , sup dan aiskrim. Ia juga sedap dimakan bersama susu. Buahnya yang masak ranum digaulkan bersama susu pekat dan dimakan sebagai manisan. Selain daripada itu buah avocado juga mempunyai kegunaan sebagai kosmetik terutamanya untuk kecantikan kulit |
HUBUNGI KAMI UNTUK MENDAPATKAN BEKALAN BUAH AVOCADO :: seritenom@gmail.com :: 6013 3190005