Cari Blog Ini

Rabu, 1 Jun 2011

khasiat buah avocado

Antara khasiat yang ada pada buah avacado adalah:

*monounsaturated fat
-mengurangkan kadar kolesterol dalam darah

*vitamin K
-penting untuk blood clotting. Dapat menguatkan tulang.

*Folate
-Penting untuk perkembangan sel dan tisu badan. So amat penting untuk ibu mengandung macam saya.

*Potassium
-Penting untuk metabolisma badan. Dapat menurunkan tekanan darah. Jumlah potasium dalam avacado adalah 60% lebih dari dalam buah pisang....

*Vitamin E
-sebagai antioksidan, penting untuk menghalang protein tisu dari sebarang kerosakan yg berpunca dari radikal bebas. Penting untuk membina sel darah merah.

*Lutein
-Juga antioksidan yang penting untuk mata dan kulit.

*Magnesium
-Penting untuk otot

*Vitamin C
-Juga antooksidant, penting untuk menghalang kerosakan dari radikal bebas, baik untuk tisu kulit dan sel.

*Vitamin B6
-Ermmm..badan kita tak mampu untuk simpan vitamin ni...so memang perlu diambil selalu...
penting untuk membantu sistem keimunan badan untuk menghasilkan antibodi...
penting untuk sitem saraf dan menghasilakn sel darah merah...juga penting untuk break down protein....lagi byk kita mkn makanan berassakan protein, lebih byk B6 yg kita perlukan... :)

ada juga yg jadikan buah ni sebagai masker...sapu pada kulit muka....

Buah susu @ Avocado

Nama Tempatan:Buah susu/Avocado
Nama Saintifik:Persea Americana
Nama Lain:Alpulkat, palta, aguacate(spanish), butter pear, alligator pear
Famili:Lauraceae
Lokasi dijumpai:
Asal:Mexico

keterangan:

Merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada Mexico. Ia merupakan sejenis pokok yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter jika tumbuh dalam keadaan yang optimum.Daunnya tersusun dalam bentuk selang seli dan panjang daunnya ialah antara 12 hingga 20 cm. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan. Buah avocado berbentuk seperti buah pir dah lazimnya panjang buahnya antara 7 hingga 12 cm.Tumbuhan ini boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang serta kaedah lain sperti tut dan grafting

kegunaan:

Buah avocado merupakan buah yang boleh digunakan untuk pelbagai resepi masakan. Ia boleh dijadikan puding , sup dan aiskrim. Ia juga sedap dimakan bersama susu. Buahnya yang masak ranum digaulkan bersama susu pekat dan dimakan sebagai manisan. Selain daripada itu buah avocado juga mempunyai kegunaan sebagai kosmetik terutamanya untuk kecantikan kulit

Kebaikan buah avocado

Avocado ni sesuai untuk dijadikan sebahagian daripada diet kita....buah ni juga memiliki pelbagai khasiat di mana ia tidak mengandungi lemak tepu, tiada kolesterol , kaya dengan vitamin dan juga mineral.......
Di samping itu juga vitamin E  yang mengandungi antioksida yang terdapat dalam buah ni akan melindungi tisu badan daripada rosak akibat pengoksidaan dan penting dalam pembentukan sel darah merah manusia....juga mengandungi vitamin C yang melindungi gigi.........